Ahad, 1 Mei 2011

JIKA ANDA MASIH PUNYA MASA


 

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Kisah 1.

"Saya tidak perlukan takaful..." Kisah ini terjadi sewaktu En. Ahmad (bukan nama sebenar), 47 tahun, dihampiri oleh konsultan takaful untuk menawarkan pelan takaful bantuan perubatan. Apa yang terjadi 7 bulan selepas itu, beliau dimasukkan ke hospital untuk menjalani pembedahan pintasan jantung. Dan beliau membayar sendiri segala perbelanjaan yang berkaitan yang agak tinggi. Beliau kini menyesal kerana tidak menerima nasihat oleh wakil takaful beberapa bulan lalu. Sekiranya beliau mengambil pelan takaful yang ditawarkan dulu, sudah tentu kos yang perlu ditanggungnya tidaklah sebesar yang perlu dijelaskan kepada pihak hospital. Kini, duit simpanan beliau telah berkurang dengan begitu banyak sekali dan tentunya menjejaskan perancangan kewangan beliau untuk menghadapi persaraan dengan bebas, bahagia dan tenang.

Kisah 2.

"Tak apa nanti-nantilah. Sekarang duit tak berapa cukuplah." En. Awak (bukan nama sebenar), 33 tahun, memberikan alasan ini sewaktu ditemui oleh konsultan takaful pada suatu hari. Kalau dilihat kepada gaya hidup beliau, seakan tidak dapat dipercayai beliau tidak mempunyai kemampuan kewangan untuk mengambil perlindungan takaful. Setahun selepas itu beliau telah ditimpa kemalangan jalan raya sehingga kehilangan sebelah kaki dan penglihatannya manjadi kabur. Akibatnya beliau diberhentikan kerja kerana kehilangan upaya. Gaya hidup beliau dan keluarga berubah sekelip mata akibat kejadian itu dan kini bebanan dan tanggungjawab sebagai ketua keluarga terpaksa digalas oleh isteri tercinta. Beliau bernasib baik kerana isteri beliau sanggup memikul amanah. Namun jauh di lubuk hati En. Awak, beliau amat menyesal kerana tidak menyertai pelan takaful setahun yang lalu. Sekurang-kurangnya manfaat perlindungan takaful akan dapat membantu keluarga beliau menghadapi situasi yang sukar lagi mencabar ini.


Kisah 3.

"Ok, saya nampak kepentingan takaful dan saya nak ambil untuk pendidikan anak saya." Puan Siti (bukan nama sebenar), 27 tahun, terus mengambil perlindungan takaful pendidikan untuk anak beliau ketika disapa konsultan takaful di sebuah pusat membeli-belah. 1 tahun kemudian beliau disahkan menghidapi kanser tulang di bahagian atas lutut tahap 2. Oleh kerana beliau mengambil tindakan bijak menyertai pelan takaful, kesemua bayaran masa depan takaful pendidikan anak beliau telah dikecualikan. Tabungan takaful anak beliau kini diteruskan sehingga anaknya berusia 25 tahun.


Kisah 4.

"Boleh Encik buatkan takaful untuk anak saya esok?" Panggilan diterima daripada En. Kamarul (bukan nama sebenar) pada pukul 12 malam pada suatu hari. Pada waktu tersebut, konsultan takaful yang berkenaan baru sahaja melelapkan mata dan berasa terkejut menerima panggilan sebegitu. Itulah pertama kali dalam hidup beliau menerima panggilan untuk menyertai takaful pada tengah malam. Keesokannya konsultan berkenaan menguruskan segala dokumen yang diperlukan. "En. Kamarul, apakah sebenar motivasi tuan untuk segera mengambil perlindungan takaful untuk anak tuan yang baru lahir?" tanya konsultan berkenaan. "Sebenarnya saya menjadi anak yatim ketika berusia 10 tahun apabila ayah saya meninggal dunia. Hidup kami berubah sekelip mata dan saya melihat ibu terpaksa berkerja keras untuk menyara kami 6 orang adik-beradik. Saya berasa sangat kasihan pada ibu. Saya tidak mahu perkara sama berlaku kepada keluarga saya yang sangat saya sayang."

Tuan/Puan yang saya hormati,

Kisah-kisah di atas sebenarnya cuba menggambarkan kepada anda betapa pentingnya anda membuat keputusan untuk mengambil perlindungan takaful. Dan anda perlu melakukannya sekarang tatkala mana anda masih sihat, cergas, bersemangat, disayangi dan dihargai, berkemampuan dari segi fizikal dan kewangan.... dan yang paling penting anda masih mempunyai masa untuk membuat pilihan. Ingatlah pesan Nabi Muhammad s.a.w. berkenaan 5 perkara sebelum 5 perkara.

Bayangkan sebuah keretapi terakhir pada suatu malam kini sedang menunggu anda di sebuah stesen. Sebentar lagi apabila ia bertolak dan anda tidak berada di dalamnya, anda akan terlepas peluang keemasan untuk sampai ke destinasi dengan selamat. Bersendirian di stesen tersebut akan hanya mendedahkan anda kepada pelbagai risiko yang anda tidak dapat dijangkakan. Saya percaya, sesiapa juga tidak ingin berada dalam keadaan demikian. Anda perlu membuat keputusan untuk naik keretapi itu segera.... sekarang!

Analogi di atas boleh dibandingkan dengan keputusan anda untuk mengambil perlindungan takaful. Jika anda menyertai pelan takaful sekarang, kesemua yang anda sayang dan hargai termasuk diri anda DIJAMIN akan terjaga kepentingannya secara serta-merta. Namun, jika anda bertangguh lagi, berlaku sahaja musibah maka semua yang anda sayang dan hargai akan terjejas dan terbeban. Anda juga mungkin akan disalahkan kerana tidak bertindak bijak dahulu. Dengan mencarum takaful juga, anda dibolehkan mendapat PENGECUALIAN CUKAI PENDAPATAN sebanyak maksimum RM6000 setahun. Pilihan sekarang di tangan anda - pilihlah untuk menaiki keretapi tadi dan anda akan selamat sampai ke destinasi!
Fikir-fikirlah...Selamat beramal...