Rabu, 26 Januari 2011

KERENAH KORUPSI

Salam tuan puan...
Maafkan saya kerana menimbulkan sedikit isu yang mungkin di luar tajuk.. Mengapakah hidup kita ini makin dibebani dengan korupsi yang semakin berleluasa untuk mendapatkan sesuatu? Nak dapatkan projek, nak luluskan projek, dan macam2 lagi. Tidakkah pelaku2 itu terfikir tentang halal haramnya hasil dari pendapatan mereka itu. Saya timbulkan isu ini bukan apa. Disebabkan simpati dengan sahabat, kenalan yang meluahkan kegeraman yang terbeban bila berurusan dengan pelaku2 tersebut.

Ya Allah....
Jauhkanlah aku, keluargaku, saudaraku, masyarakatku dari gejala haram ini. Berilah rezeki yang halal pada kami. Supaya dapat kami memberikan rezeki yang berkat dan bersih pada keluarga kami.

Pabila anak2 degil, rumahtangga berantakan, mulalah pelaku2 ini menyalahkan anak, isteri, suami dan ntah sape2 lagi dalam mempertahankan hujahnya. Tapi pelaku2 ini tidak sedar semuanya ini berpunca dari sikap dan amalan mereka dalam mendapatkan rezeki. Adakah rezeki yang halal itu dah dibersihkan dengan berzakat? Haaaaa....Kewajipan tu jangan dilupa. InsyaAllah bahagia dan tenang dunia akhirat.

Maafkan saya kerna menimbulkan isu ini. Kalau ada yang terasa tu maaflah, cepat2lah mengubahnya. Sama2lah kita cegah sebelum ianya MEMBARAH menjadi daging haram yang sebati dalam diri kita.

INGATLAH!!!
Keseronokan dari amalan korupsi ni hanya terlalu sebentar sahaja. Peritnya berpanjangan hingga akhirat kelak...

Wallahua'lam...

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

fulaweihhh...dah maju la wak ni skang,bagus2 aku sokong ko kang.-balau