Rabu, 16 Mac 2011

Etiqa menang Anugerah Bank Takaful Terbaik

Etiqa Takaful Bhd memenangi Anugerah Bank Takaful Terbaik pada Anugerah Takaful Antarabangsa 2009, yang diadakan sempena Persidangan Takaful Antarabangsa Ketiga 2009 di London.
     Anugerah itu disampaikan kepada Etiqa, satu-satunya syarikat takaful Malaysia yang diberi pengiktirafan dalam acara global 17 kategori itu, oleh House of Lords, Mohd Shiekh, yang juga Ketua Forum Konservatif Muslim.
     Tahun 2008, Etiqa Takaful memenangi anugerah Pemasaran Takaful Terbaik pada Anugerah Takaful Antarabangsa 2008. Ketua Eksekutifnya, Mohd Tarmidzi Ahmad Nordin berkata, Etiqa menjadi penyedia takaful pertama di Malaysia dengan memperkenalkan Produk Berkaitan Pelaburan Patuh Syariah, yang menyaksikan produk Al-Waqi, mendapat sambutan menggalakkan dengan caruman lebih RM100 juta.
     Katanya, pertumbuhan 58.9 peratus dalam tempoh hanya sembilan bulan pertama  perniagaan perbankan takaful bagi tahun kewangan 2008/2009, sekaligus membuktikan kepercayaan rakan bank takaful dan juga pelanggan terhadap syarikat.
     Ia dengan sendirinya menjadi pemacu di sebalik pertumbuhan Etiqa yang mencapai pertumbuhan perniagaan 32.1 peratus pada sembilan bulan pertama tahun kewangan tahun ini," katanya selepas menerima anugerah itu pada majlis makan malam Anugerah Takaful Antarabangsa 2009 yang lepas.

Tiada ulasan: