Selasa, 3 Januari 2012

Berlabuh Tirai 2011, Gamitan Tirai 2012

Alhamdulillah ujian dan cabaran 2011 telah dilalui dengan pelbagai reaksi duka, tawa, gembira, bahagia.
Antara duka terbesar 2011 yang dilalui adalah isteri tercinta keguguran zuriat yang diimpi-impikan..Betapa sayangnya kami terhadap zuriat tersebut, Allah rupa-rupanya lebih menyayangi beliau. InsyaAllah moga dapat memberikan syafaat dari semua sudut kepada kami berdua. Moga ditambah kesabaran, ketabahan, kasih sayang yang menatijahkan syurga yang abadi. InsyaAllah...
Marilah kita buka tirai 2012 dengan azam dapatkan amal ibadah yang lebih baik lagi dari tahun lepas. InsyaAllah moga dimudahkan urusan kita dan lebih dimurahkan rezeki. Bersyukur kita kerana diberikan nikmat iman dan Islam.
Ahlan Wa Sahlan Wa Marhaban ya 2012 Masihi...

Tiada ulasan: